5 Pekerjaan Yang Anda Boleh Mohon Jika Anda Mempunyai Diploma in Creative Multimedia

You like this? "Please Share"

Perkara pertama yang paling mencabar dan membuatkan para graduan begitu teruja setelah mendapat segulung Diploma adalah mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan mereka. Kami yakin ramai graduan yang sudah terfikir ingin menceburi bidang berkaitan namun tahukah anda, 5 pekerjaan utama yang boleh anda ceburi khususnya dalam bidang Creative Multimedia ini?
1. Pengaturcara
Pengaturcara merupakan bidang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kini. Antara tugas utama pengaturcara adalah membangun sistem dan merekabentuk perisian baru. Pembangunan perisian merupakan satu kemahiran yang sangat terhad berikutan pembangunannya mampu membawa kepada perubahan skil dan mampu menjana pelbagai kemudahan kepada pelbagai lapisan masyarakat mengikut kepada keperluan.
2. Pereka Grafik

Pereka grafik adalah antara bidang kerja yang sangat popular kini. Populariti animasi serta inovasi grafik dan multimedia kini menjadikan Pereka Grafik ini bukan sahaja sebagai peluang keemasan namun ianya sebagai platform untuk mengasah bakat dan juga memperkembangkan seni. Jurugrafik atau pereka grafik mempunyai kebebasan berimaginasi dan meluahkan idea sejajar dengan konsep yang diperlukan klien menggunakan multimedia dan perisian-perisian canggih kini. Oleh itu, kerjaya sebagai Pereka Grafik ini sangat meluas cakupan perkhidmatannya sehingga ke luar negara.
Pereka grafik mampu menghasilkan pelbagai jenis karya samada abstrak, robotik, seni halus dan sebagainya dan ditawarkan pendapatan sekitar RM2,500 hingga RM6,000 untuk mereka yang berkemahiran.
3. Multimedia Producer
Multimedia producer adalah bidang kerja yang menggalakkan individu untuk berinteraksi dengan pelbagai kemahiran multimedia yang lain seperti suntingan video, rekabentuk laman web, fotografi, reka grafik dan sebagainya. Seorang Multimedia Producer memerlukan kecekapan dan pengendalian terhadap pelbagai kemahiran agar hasil multimedia atau bahan suntingannya menjadi masterpiece. Kebanyakan graduan kurang mengetahui bidang pekerjaan ini berikutan keperluan untuk menguasai kemahiran yang tinggi. Namun begitu, setiap kemahiran dan ilmu yang telah dipelajari pada peringkat asas akan diperkembangkan selaras dengan penggunaannya pada alam pekerjaan yang akan datang.
4. Pengurus Web
Pengurus web juga merupakan antara bidang kerjaya yang makin mencabar kini. Pengurus web perlu bijak untuk menjadikan konsep web mereka lebih menarik, berdaya saing serta mampu memadankan pautan-pautan penting ke dalam web seliaan mereka. Pekerjaan sebagai Pengurus Web sangat penting terutamanya menjadikan web mereka lancar, mudah diakses dan berinformasi kepada para pelawat. Pengurus web mega seperti laman sesawang perniagaan online, laman bidaan, laman pemadanan informasi dan harga, seliaan penerbangan dan lain-lain merupakan antara cabaran tugas kepada Pengurus Web.
5. Pembangun Aplikasi
Lambakan aplikasi sama ada percuma mahupun berbayar kini hanya di hujung jari. Tahukah anda bahawa pembangunan aplikasi merupakan kaedah mudah mendapatkan wang dan keuntungan seandainya aplikasi yang dibina mampu membantu orang ramai dan dilanggan oleh berjuta orang?
Tentu sekali dengan Diploma in Creative Multimedia dari SG Academy, anda berpeluang untuk menjadi pembangun aplikasi yang berinovasi serta menjadi perintis kepada bidang multimedia yang baharu di masa hadapan!
Daftar untuk sessi kaunseling percuma di diploma.sgacademy.edu.my/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *