Sigek Ijazah kat Tangan dan Agik Sikda Kerja?

You like this? "Please Share"

Segulung Ijazah di Tangan dan Masih Menganggur?

Segulung ijazah tergenggam di tangan tidak tentu menjamin pekerjaan dan masa depan yang cerah. Kini, inilah mimpi ngeri setiap pelajar yang mendaftar masuk ke kolej atau universiti. Bayangkan perasaan setiap pelajar jika masalah ini berjaya diatasi? Usahlah bimbang, jaminan pekerjaan diberi untuk setiap pelajar yang menuntut pengajian di Kuching Skills College (KSC).

Kuching Skills College (KSC) merupakan Kolej Kemahiran yang terbesar di Sarawak dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia untuk memastikan pelajar-pelajar KSC mendapat pengalaman pendidikan yang eksklusif. Baru-baru ini, KSC telah dianugarahkan 5 bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan institut ini terkenal untuk kadar pekerjaan yang tinggi sebanyak 100% bagi graduan-graduannya. Ini memastikan, peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah dijamin untuk pelajar-pelajar yang memilih bidang TVET di KSC.

Seni Kulinari ialah salah satu bidang TVET yang kini mempunyai permintaan yang tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan industri hospitaliti serta pelancongan. Kini, KSC menawarkan Diploma Seni Kulinari dengan kelebihan yang amat ketara dan tidak terdapat di mana-mana institusi lain di Malaysia.

Dengan visi bergerak ke hadapan, pelbagai sektor swasta yang bertaraf tinggi telah berjabat tangan dengan KSC dalam membuka peluang kerjaya untuk pelajar-pelajar KSC. Pergabungan ini menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada individu yang memilih bidang kemahiran berbanding bidang akademik dan ini dapat mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan graduan institusi pendidikan tinggi.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin mendaftar, sila lawati https://kuchingskills.edu.my/ untuk Seni Kulinari yang terbaik in Kuching, Sarawak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *